Frequently Ask Questions

SOALAN LAZIM

1. Siapakah kumpulan sasaran bagi kursus-kursus yang dianjurkan oleh AAEO?

Kami memberi fokus kepada guru-guru sekolah, kakitangan dan staf sokongan, murid-murid sekolah dan para ibu bapa. Walau bagaimanapun, kami juga menawarkan kursus untuk korporat dan warga kerja.

 

2. Bolehkah saya membayar melalui online transfer / cek?

Boleh. Walau bagaimanapun, setiap pembayaran yang dibuat hendaklah diemailkan ke eduoasis2013@gmail.com dengan memberi maklumat rujukan yang betul.

 

3. Bolehkah saya membayar secara tunai semasa kursus dijalankan?

Boleh tetapi sekiranya anda membayar lebih awal, anda berpeluang untuk menerima potongan harga yang lebih lumayan.

 

4. Saya tidak dapat hadir pada hari kursus kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Bolehkah saya mendapatkan semula wang yang telah dibayar?

Kami hanya boleh mengembalikan wang sekiranya anda memaklumkan ketidakhadiran ke kursus anjuran kami sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kursus dijalankan. Sekiranya tempoh pemakluman kurang daripada tempoh tersebut, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

 

5. Bolehkah seseorang menggantikan saya jika saya tidak dapat hadir ke kursus seperti yang dijadualkan?

Kami amat menggalakkan wakil peserta hadir ke kursus sekiranya peserta tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, peserta hendaklah memaklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu.

TOP