Kursus Pengurusan Dalam Kelas

Pengenalan

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan bilik darjah yang berkesan kepada peserta. Kecekapan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus adalah memastikan rutin bilik darjah dapat dilaksanakan dengan teratur, suasana sosio emosi dan fizikal yang selesa serta disiplin yang terkawal agar dapat membina dan mengekalkan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

 

Objektif

Di akhir kursus ini, peserta dapat:

  • Menerangkan konsep pengurusan bilik darjah.
  • Menganalisis ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang kondusif, dari aspek fizikal dan psikososial.
  • Menjelaskan jenis-jenis rutin bilik darjah untuk meningkatkan kesedaran dan amalan tanggungjawab sebagai guru beriltizam.
  • Menerangkan konsep disiplin bilik darjah.

 

Kandungan

  • Konsep pengurusan bilik darjah
  • Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pengurusan bilik darjah
  • Rutin bilik darjah
  • Disiplin bilik darjah

 

Sasaran Peserta

  • Guru
TOP