Kursus Pengurusan Ko-kurikulum
- Category: Uncategorised
Pengenalan
Pendidikan yang seimbang dan menyeluruh sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum dan ko-kurikulum. Untuk mencapai matlamat ini, aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan bersepadu dan bersungguh-sungguh. Oleh itu, para pemimpin sekolah perlu dilatih didalam bidang pengurusan ko-kurikulum bagi meningkatkan dan memantapkan lagi kompetensi diri mereka sebagai pentadbir sekolah.
Objektif
Di akhir kursus ini, peserta dapat:
- Mengenal pasti setiap tugas, peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai pengurus ko-kurikulum di sekolah.
- Merancang, melaksana dan memantau program/ aktiviti ko-kurikulum berlandaskan dasar dan prinsip yang sebenar.
- Menampilkan diri sebagai pengurus dan pemimpin ko-kurikulum yang berkesan.
Sasaran Peserta
- Pengetua
- Guru Besar
- Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum