Kursus Pengurusan Panitia

Pengenalan

Panitia merupakan satu unit yang penting dalam memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Oleh yang demikian, panitia perlu diurus dengan berkesan. Untuk memastikan ia diurus dengan berkesan, maka kursus pengurusan panitia perlu diberikan kepada semua peringkat pengurusan sekolah.

 

Objektif

Di akhir kursus ini, peserta dapat:

  • Mempamerkan keupayaan untuk berperanan dan berfungsi dalam pengurusan panitia.
  • Mengenal pasti proses membina matlamat panitia.
  • Memperkemas kaedah pengendalian kewangan, stok, inventori serta menguruskan mesyuarat panitia dan dokumentasi dengan berkesan.
  • Merangka dan menyusun strategi bagi meningkatkan kewibawaan.

 

Kandungan

  • Pengurusan panitia
  • Pembinaan matlamat panitia sekolah
  • Pengurusan mesyuarat panitia dan dokumentasi
  • Pengendalian kewangan, stok dan inventori

 

Sasaran Peserta

  • Guru Kanan Mata Pelajaran
  • Ketua Panitia Sekolah
TOP