Kursus Analisis Keperluan Latihan

Pengenalan

Latihan adalah aktiviti pembangunan modal insan yang perlu dilaksanakan secara terancang, terkawal dan sistematik. Di samping memberi motivasi, tujuan latihan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi seseorang pekerja. Analisis Keperluan Latihan (Training Needs Analysis) adalah langkah awal yang perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan bagi memastikan latihan yang dijalankan benar-benar berkesan dan pelaburan yang dilakukan menghasilkan pulangan seperti yang diharapkan.

 

Objektif

Di akhir program ini, peserta dapat:

  • Menganalisa makna Keperluan Latihan dan peranannya dalam pembangunan sumber manusia.
  • Mengenal pasti kaedah yang boleh diguna pakai semasa menganalisis Keperluan Latihan. 
  • Menyusun strategi yang terbaik dalam pelaksanaan projek Analisis Keperluan Latihan.
  • Menilai keberkesanan kaedah yang digunakan.

 

Kandungan

  • Konsep Analisis Keperluan Latihan
  • Kaedah dan strategi yang digunakan bagi mengendalikan Analisis Keperluan Latihan
  • Menilai kaedah Analisis Keperluan Latihan

 

Sasaran Peserta

  • Pengurusan Sekolah
  • Terbuka
TOP