Kursus Pengendalian Mesyuarat

Pengenalan

Pengendalian mesyuarat merupakan proses pengurusan dan pentadbiran yang sangat penting dalam sesebuah organisasi. Mesyuarat yang berkesan merupakan nadi kepada pengurusan kerja serta aliran maklumat pada sesebuah organisasi. Kursus ini dapat membantu merancang mesyuarat dengan teliti, memantau untuk keberkesanannya serta membuat penilaian yang akan membantu pengurusan yang cekap dan cemerlang.

 

Objektif

Di akhir kursus ini, peserta dapat:

  • Merancang mesyuarat yang berkesan.
  • Mengendalikan mesyuarat yang berkesan.
  • Menilai keberkesanan mesyuarat.

 

Kandungan

  • Definisi dan jenis-jenis mesyuarat
  • Aspek mesyuarat berkesan
  • Merancang mesyuarat: sebelum, semasa dan selepas
  • Mengendalikan mesyuarat

 

Sasaran Peserta

  • Pengurusan Sekolah
  • Terbuka
TOP