Kursus Pengurusan Protokol

Pengenalan

Pengetua, Guru Besar dan guru-guru merupakan ahli pendidikan yang memainkan peranan penting dalam menaikkan imej kepimpinan pendidikan. Mereka sering dijadikan role model dalam masyarakat dan sentiasa bergaul serta menghadiri majlis-majlis formal dan tidak formal. Oleh itu, mereka perlu menunjukkan penampilan diri serta mempunyai pengetahuan tentang protokol dalam kehidupan seharian mereka.

 

Objektif

Di akhir kursus ini, peserta dapat:

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan protokol majlis.
  • Meyakinkan diri dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai majlis.
  • Meningkatkan imej diri dan organisasi.
  • Meningkatkan pengetahuan tentang cara pengurusan majlis mengikut amalan protokol semasa.

 

Kandungan

  • Pengenalan Pengurusan Protokol
  • Penggayaan diri dan penampilan diri
  • Tertib menghadiri majlis jamuan
  • Susunan keutamaan persekitaran dan panggilan hormat
  • Perbualan sosial
  • Susunan tempat duduk dalam majlis formal

 

Sasaran Peserta

  • Guru Besar
  • Pengetua
  • Guru
  • Pegawai Pentadbiran
  • Terbuka
TOP