Kursus Strategi Lautan Biru

Pengenalan

Strategi Lautan Biru atau dikenali sebagai Blue Ocean Strategy (BOS) dalam pendidikan bertujuan untuk mendapatkan strategi-strategi baru bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan sekolah. Di samping itu, kursus ini juga membantu peserta membentuk nilai tambah dan inovasi nilai tanpa melibatkan kos atau risiko yang tinggi.

 

Objektif

Di akhir kursus ini, peserta dapat:

  • Menghayati pemikiran BOS .
  • Mengaplikasi konsep dan prinsip-prinsip BOS.
  • Mengenal pasti alatan menganalisis yang boleh digunakan.
  • Membina kanvas strategi untuk memahami keadaan semasa.

 

Kandungan

  • Pemikiran BOS
  • Konsep dan prinsip BOS
  • Alatan menganalisis dan kerangka BOS
  • Membina Kanvas Strategi untuk memahami keadaan semasa

 

Sasaran Peserta

  • Guru Besar
  • Pengetua
  • Pengurusan Sekolah
  • Pegawai Pentadbiran
TOP