Kursus Pengenalan kepada Sistem MS ISO 9001:2008

Pengenalan

Dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan satu perkhidmatan awam dan swasta yang cemerlang dan memberikan keutamaan kepada kepuasan pelanggan, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 perlu didedahkan kepada pemimpin organisasi untuk memastikan budaya kualiti dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui penambahbaikan yang disyorkan.

 

Objektif

Di akhir kursus ini, peserta dapat:

  • Menguasai pengetahuan dan matlamat mengenai sistem berkenaan.
  • Mempamerkan keupayaan untuk melaksana standard kualiti yang terbaik.
  • Melaksana Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 secara berterusan dalam organisasi.

 

Kandungan

  • Tujuan dan faedah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008
  • Persedian dalam perancangan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008
  • Prosedur dalam menjalankan pengauditan
  • Tanggungjawab pihak pengurusan

 

Sasaran Peserta

  • Guru Besar
  • Pengetua
  • Pegawai Pentadbiran
  • Pengurusan Sekolah
TOP