Kursus Pengurusan Stres

Pengenalan

Kajian menunjukkan profesion guru menduduki tangga ke-4 pekerjaan paling stres di Malaysia (Berita Harian, 2012). Di antara faktor-faktor yang disenaraikan ialah bebanan kerja yang dihadapi, permasalahan pelajar, persekitaran di tempat kerja dan juga perubahan dasar yang masih belum selesai. Tekanan yang dihadapi ini sedikit sebanyak boleh menggugat emosi guru ketika berhadapan dengan murid-murid seterus nya boleh mendatangkan kecederaan pada kesihatan para guru sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.

 

Objektif

Di akhir kursus ini, peserta dapat:

  • Mengenal pasti jenis-jenis stres.
  • Mengurus emosi dalam menjalankan tugas sebagai pendidik .
  • Meningkatkan produktiviti sebagai pekerja.

 

Kandungan

  • Apa itu stres?
  • Stres dan kesihatan mental
  • Strategi Holistik pengurusan stres

 

Sasaran Peserta

  • Guru Besar
  • Pengetua
  • Guru
TOP