Sijil Asas Murabbi

Pengenalan

Misi Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) untuk membentuk generasi Soleh Wa Musleh melalui Sistem Pendidikan Islam Bersepadu perlu bermula dengan pembentukan murabbi yang faham akan matlamat penubuhan PPAA. Kursus ini dirangka bertujuan menjelas dan memberi kefahaman kepada setiap guru supaya misi dan visi PPAA dapat dicapai dengan jaya.

 

Objektif

Di akhir kursus ini, peserta dapat:

  • Menjelaskan gambaran mengenai hala tuju sistem pendidikan Islam Bersepadu PPAA sebagai institusi pendidikan pilihan.
  • Mengaplikasi konsep kasih sayang dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Menjalankan amanah tanggungjawab sebagai pendidik.
  • Mempamerkan keupayaan sebagai model tauladan.
  • Membudayakan ciri murabbi dalam dan luar kelas.

 

Kandungan Kursus

  • Falsafah pendidikan, visi, misi, sistem Pendidikan Al-Amin
  • Model kepimpinan pelajar Al-Amin
  • Pengajian Sains berasaskan Tawhid
  • Mendidik dengan penuh kasih sayang
  • Budaya kerja dan nilai teras Al-Amin

 

Yuran

RM100

TOP