The Preferred Integrated Education

Training Provider & Consultancy

Peneraju Kualiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pendidikan Islam

Al Amin Edu Oasis komited untuk memupuk kecemerlangan pendidikan berasaskan nilai-nilai Islam, menyediakan latihan dan perundingan yang menyeluruh bagi memperkasakan pendidik, ibu bapa, dan komuniti ke arah pembangunan holistik dan pembelajaran sepanjang hayat.

Perkhidmatan Kami

Bahagian ini memaparkan bidang perkhidmatan utama yang menjadi fokus kepakaran kami :

Latihan & Pembangunan

Kami menyediakan perkhidmatan untuk sektor pendidikan, korporat, ibu bapa, dan pelajar.

Penerbitan

Bahan pendidikan berkaitan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) dan Pendidikan Islam.

Sekolah Berlesen

Perkhidmatan kami merangkumi pembangunan Modul Kurikulum Al-Amin 2.0, pengurusan dan kewangan sekolah berlesen, penubuhan sekolah baharu, serta latihan dan konsultasi Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21).

Sewaan Dewan

Kemudahan sewaan disediakan untuk organisasi dan orang ramai

Mengenai EduOasis

Al Amin Edu Oasis Sdn. Bhd. (EduOasis) ialah anak syarikat milik penuh Pusat Pendidikan Al Amin Berhad (PPAAB) yang ditubuhkan pada 20 Jun 2013. EduOasis juga merupakan penyedia latihan berdaftar di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).

EduOasis memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan perundingan dan latihan dalam bidang profesionalisme, pembangunan motivasi serta ilmu pengetahuan Islam. Perkhidmatannya merangkumi latihan khusus, penyelidikan, perundingan dan penerbitan yang bertujuan untuk memperkukuh serta meningkatkan sistem pendidikan Islam ke arah tahap kompetensi dan profesionalisme yang lebih tinggi.

Pencapaian Al Amin Edu Oasis

Sepanjang 13 Tahun Al Amin Edu Oasis ditubuhkan, antara
pencapaian yang diperolehi :

Anugerah Geran Yayasan

Menerima Geran Yayasan Hasanah bagi Program Keusahawanan B40 Tahun 2023.

Pemenang Anugerah PLWS

Pemenang Tempat Ketiga Anugerah PLWS Piala Menteri Sumber Manusia 2018

Jam Latihan

Lebih 1000+ jam latihan yang telah kami jalankan dari pelbagai peringkat.

Jom ikuti media sosial EduOasis dan kekal mendapat info terkini, tip bermanfaat serta peluang pembelajaran yang menarik!