Latihan Guru

Latihan Guru & Pembangunan Kompetensi Pendidik

Kursus & Modul Latihan Guru

Memperkasa pendidik dengan kemahiran pedagogi abad ke-21, integrasi teknologi digital, dan strategi pengurusan kelas yang holistik. Al Amin Edu Oasis Sdn Bhd merupakan penyedia latihan berdaftar di bawah HRDCorp (Human Resource Development Corporation) yang berdedikasi membantu sekolah dan institusi pendidikan mencapai tahap kecemerlangan tertinggi.

Pedagogi Abad
Ke-21 & Strategi PdP

Memperkasa kaedah pengajaran yang kreatif, interaktif dan berpusatkan murid.

Teknologi Pendidikan & Digital

Mengaplikasikan teknologi dan platform digital untuk meningkatkan keberkesanan PdP.

Pengukuhan Subjek & Kurikulum KSSR / KSPK

Memantapkan penguasaan subjek serta pelaksanaan kurikulum semasa.

Pengurusan Murid, Emosi & Pendidikan Khas

Membantu guru mengurus tingkah laku, emosi dan keperluan murid secara lebih berkesan.

Kepimpinan & Persijilan Profesional

Kepimpinan & Persijilan Profesional

Mengapa Memilih Program Latihan Guru Al Amin Edu Oasis?

  • Rekod Terbukti: Berpengalaman mengendalikan lebih 800 jam kursus dan telah melatih lebih 1,000 guru di seluruh Malaysia.
  • Diiktiraf HRDCorp: Syarikat berdaftar HRDCorp yang membolehkan tuntutan dana latihan bagi institusi dan syarikat yang layak.
  • Pengalaman Lebih 35 Tahun: Merupakan anak syarikat Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB) yang menjadi pelopor kurikulum terintegrasi sejak 1986.
  • Penarafan & Pengiktirafan: Penerima Penarafan 3 Bintang SCORE SME Corp dan Pemenang Tempat Ke-3 Anugerah PLWS Kementerian Sumber Manusia 2018.
  • Fleksibiliti Pelaksanaan: Latihan boleh dijalankan secara In-House di premis sekolah anda, secara Online (Zoom), mahupun di pusat latihan berhawa dingin kami di Taman Melawati, Kuala Lumpur.